This me

My Photo
"just for fun" ^_+ Gadis biasa yg beumur 18 tahun, menulis hanya suka-suka je ^^
DON'T BE AFRAID TO CHANGE. YOU MAY LOSE SOMETHING GOOD, BUT YOU MAY GAIN SOMETHING EVEN BETTER ^^

Saturday, December 1, 2012

Selamat pengantin baru ^_^


Alhamdulilah,akhirnya selesai juga majlis perkahwinan abang sedara aku.Mak aku kata umur abang sedara aku sebenarnya dah 40 lebih rupanya,aku ingat baru 30 lebih.Ikut kan hati sebenarnya semalam aku malas nak pergi,tapi disebabkan ayah aku tak dapat pergi,so aku kena la pergi teman mak aku.Anak mithali katakan..haha.. Sebelum pergi rumah pengantin mak ajak singgah umah nenek dulu.Sampai je umah nenek,tengok ada mak cik,pak cik dan adik nenek.Dekat situ aku je la yang muda yang lain semuanya orang tua-tua.Boring kan,aku nak sembang dengan sape.Tiba-tiba pula aku terdengar diorang sembang pasal aku.

perbualan mereka


mak cik :eh'nab ni anak kamu yang mana?
mak : yang kecik sekali
mak cik : owh,dah besar dia ye,dulu kecik-kecik selau nangis2 ,hingus meleleh..
Aku : (dalam hati) haish..mak cik ni,cite lama-lama tak payah la ungkit segan aku dibuatnya.

Lepas tu mak cik tu pun pandang aku dengan melemparkan senyuman yang manis,aku pula membalas senyuman tersebut dengan muka yang segan dan silu..haha..Tepat je jam pukul 12 kiteorang pun gerak g umah pengantin.Sampai je kat sana orang dah ramai .Lepas je makan aku masuk rumah tengok pelamin,pelamin dia simple je.Ala maklum la sebelah laki yang kahwin pun,orang laki kan suka yang simple-simple je.


ok,tema dia merah putih,aku ni tak berapa pandai snap gambar,tu yang tak lawa ni..hehe..


Masuk-masuk je umah tibe-tibe aku nampak sorang budak kecik ni comel sangat dah la tembam,debab pula tu,jenuh aku panggil dia nak snap gambar.Last-last mahu juga itu pun buat muka terpaksa.




 kalau ikutkan hati nak je aku cubit-cubit pipi dia,tapi mak dia ada karang tak pasal-pasal budak ni nangis,aku pula yang kena belasah dengan mak dia.haha..Sementara aku tunggu pengantin sampai,aku pun tengok la budak ni main lari-lari dengan kawan-kawan dia.Aku ingatkan nak join je sekali..tapi,lupa pula diri ini dah beso.bukan budak-budak lagi..hehe..


kepak kepak,bung bung..yeahh pengantin dah sampai ! aku la orang first kat dalam menunggu pengatin tu yang lain semua menyambut pengantin dekat luar.Bila pengantin masuk je semua penuh kat dalam tu sampai aku pun tersempit,huh'rimas dibuatnya,dah la panas,so aku apa lagi keluar daripada situ mengambil angin diluar,nasib baik sempat snap gambar pengantin.


ok'tak sempat lagi aku nak cerita panjang.Disebabkan ada hal yang perlu aku siapkan.Lain kali aku update lagi k bye..


Note:Kecik-kecik dulu suka main kahwin-kahwin..hehehe.. :D

No comments :

"" ""