This me

My Photo
"just for fun" ^_+ Gadis biasa yg beumur 18 tahun, menulis hanya suka-suka je ^^
DON'T BE AFRAID TO CHANGE. YOU MAY LOSE SOMETHING GOOD, BUT YOU MAY GAIN SOMETHING EVEN BETTER ^^

Friday, November 30, 2012

Akhirnya kahwin juga .


Hai'selamat malam,pak cik,mak cik abang,akak sekalian.Malam ini bersaksikan bulan dan bintang aku ingin  melamarkan engkau menjadi wanita yang halal untuk ku.Cewahh...pe yang aku merepek ni kan.hehe.. Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah kepada abang sedara aku,akhirnya kahwin juga.Yela umur pun dah hampir 30 lebih.Aku ingat dia memang dah tak nak kahwin kan,tapi alhamdulilah,akhirnya sampai juga jodoh dia.Baru sekejap tadi aku pergi umah nenek untuk melihat apa yang perlu ditolong,untuk kenduri esok.eh'asal tetibe ayat aku jadi formal macam ayat karangan BM ni.huhu...Sampai je kat umah nenek tadi tengok akak sedara tengah buat cupcake,woww..sedapnya ada kek coklat lagi.

pebualan kami


     aku:eh'akak nak buat apa cupcake ni
     akak: nak bagi dekat keluarga pengantin  sebelah perempuan
     aku:akak buat sorang je ke.
     akak:a'ah dari tengahari tadi
     aku: (Dalam hati)ok aku tabit lah dengan akak kan,dah la keje polis,pandai buat kek lagi    boleh buka perniagaan ni


Then,lepas tu aku pun sambung tolong akak buat cupcake tadi.mesti korang pelik kan yang lain mana tak tolong ke? Ok kenduri kahwinnya buat dekat umah akak sedara sorang lagi,nenek tak nak buat dekat rumah dia nanti berserabut.Kiranya rumah nenek aku dengan akak sedara aku ni dekat la.So yang lain semua dekat sana.Selepas je siap cupcake tu,akak g masak coklat pula nak buat kek coklat.Sementara tu aku apa
lagi pergi dapur tengok makanan,ni la kerja aku,datang umah orang asyik nak makan je.Bila buka je periuk jeng..jeng..jeng..ada sup tulang lembu la awesome..tahu-tahu je aku tengah lapar kan.So aku apa lagi buka peti ais cari mee,ok jumpa pun mee,then aku jadikan mee sup.Pergh..memang sedap la kan dalam keadaan perut aku yang tengah mengeluarkan bermacam-macam lagu.Baik aku isikan daripada dengar perut aku tu memekik.Kalau bunyinya macam suara siti nurhaliza tak pe lagi,ini dah macam bunyi cengkerik ! 


Habis daging dekat tulang lembu tu aku telan,ayah aku pun dasyat tengok aku makan
ayah:adik kenapa kamu tak telan je tulang-tulang tu sekali ?
aku: ayah kalau tulang ni tak besar sangat dah lama adik masuk dalam perut ni,tapi tulang ni tak muat pula nak masuk.
ayah:haish'kamu ni kalau bab makan memang no 1 kan,kalah ayah.


Lepas je siap makan kena la basuh pinggan sendiri,ala tak de orang nak tolong basuhkan la.Eh'yaya kau ingat kau tu PUTERI RAJA ! heheheww...Habis je basuh pinggan aku sambung tolong akak sedara aku buat kek coklat pula.Tetibe aku terfikir macam best je buat benda ni semuakan,boleh buka perniagaan ni.Lagi pun aku kan dari kelas memasak,nak buat semua tu mudah je,bak kata iklan masterchef dalam tv tu kukus,grill,panggang,kukus..Pe la yang kau merepek ni yaya ! 


Tetibe anak buah aku datang,masuk rumah dengan buat muka toyenye. Toye ? Apa itu? Tibai la labu,aku pun tak tahu bahasa apa aku guna.Dia terus masuk bilik air untuk mandi,kalau masuk bilik air mestilah mandikan tak kan buat konsert pula.Lepas je siap mandi & pakai baju,dia terus duduk dekat luar . Akak sedara aku yang berpangkatkan mak cik dengan dia pun bertanya.

akak:Eh'kamu ni kenapa? dah makan ke belum,meh'masuk dalam makan.
dia: orang baru putus cinta,sob..sob..
akak:ya'allah putus cinta pun nak nangis
aku:la'putus cinta ke? akak dia ni baru darjah berapa
akak:alahai'baru je darjah 4.
aku:mak ai'kecik-kecik kau dah pandai nak bercinta ye dik..gelak guling-guling aku dibuatnya.


Sebenarnya'aku jarang sembang dengan budak tu,dia pun jarang balik umah nenek,so'aku pun dah lupa apa nama dia.Tapi bila fikirkan balik,aku rasa kelakar la budak-budak zaman sekarang ni,mengalahkan aku zaman dulu.Apa-apa je la dik oii..yang penting akhlak tu kena jaga dan pelajaran itu penting ye.ok la sampai sini entry aku kali ni k bye... GOOD NIGHT !


Note: Jangan la,kecik-kecik gatai nak bercinta ye adik-adik,belajar rajin-rajin dulu. ^_^

No comments :

"" ""