This me

My Photo
"just for fun" ^_+ Gadis biasa yg beumur 18 tahun, menulis hanya suka-suka je ^^
DON'T BE AFRAID TO CHANGE. YOU MAY LOSE SOMETHING GOOD, BUT YOU MAY GAIN SOMETHING EVEN BETTER ^^

Sunday, March 17, 2013

Dugaan & takdir



Hai'selamat berhujung minggu warga johor dan perak.Ha'kenapa tiba-tiba warga johor ni kan.Ni yang teman nak cerita ni,sekarang yaya berada di johor bahru,First'time yaya pergi  johor naik kereta,selama ni naik bas je,jarang nak pergi naik kereta.Ye la bidor ke johor tak ke jauh.Ni pun tak larat dok dalam kete nak dekat 6 jam.Lagi pun nak memandu pergi ke johor tak  ke penat elok lagi naik bas kan orang lain yang memandu.Tapi sekarang ni pun bukan yaya yang memandu dalam kereta ni,akak yang memandu,yaya action je lebih.hahaha.....

Yaya pergi johor bukan pergi makan angin,tapi melawat sedara yang sedang sakit.Yaya ni dah la tak boleh tengok orang sakit.Tambah-tambah orang tu sakit teruk dan tak boleh bercakap.Memang susah untuk yaya kuatkan hati.Air mata mesti akan mengalir,tapi kali ni yaya cuba sedaya upaya untuk tidak mengalirkan air mata di depan semua orang.

Bila yaya tengok sedara yaya terlantar atas katil dengan keadaan yang agak teruk.Yaya hanya mampu berdoa kepada allah,ya allah walaubagaimanapun kesalahan dia engkau ampuni la nya,engkau kurangkanlah dugaannya atau kau tabahkanlah hatinya apabila menerima dugaan darimu.Hanya itu saja yang mampu yaya katakan.Yaya tak mampu nak memberi kata-kata semangat kepadanya kerana yaya takut yaya yang tak mampu untuk tabahkan diri apabila melihat keadaannya.


Ini lah dia dugaan yang diberikan oleh allah,kita sebagai manusia hanya mampu berdoa,bersabar dan berusaha dengan apa yang diberi,kita tidak boleh menolak takdirnya.Allah bukan saja memberi dugaan kepada pesakit tersebut tetapi kepada kita juga.Kita yang melihat pun allah uji,adakah kita turut berdoa kepda allah atau hanya mampu melihat.

Sebagai manusia kita mestilah sentiasa mengingat kepada allah yang satu.Janganlah kita berpaling daripadanya walau apa pun yang berlaku.Kesalahan sesama manusia juga jangan dicari.Tambahan pula berdendam.Jadilah seorang manusia yang suka meminta maaf dan memafkan orang lain.Yaya juga beringat pada diri sendiri.

Ok la sampai disini warkah hari ni,salah dan silap harap dimaafi... ^^


Note : keep smile always dear .. ^_^

No comments :

"" ""