This me

My Photo
"just for fun" ^_+ Gadis biasa yg beumur 18 tahun, menulis hanya suka-suka je ^^
DON'T BE AFRAID TO CHANGE. YOU MAY LOSE SOMETHING GOOD, BUT YOU MAY GAIN SOMETHING EVEN BETTER ^^

Sunday, November 28, 2010

Penyelesaian Atau Penambah Masalah?

salam,hari ni aku baru je balik dari sungai buloh g umah abang.g sane x de buat ape pun just tengok2 je umah tu maklum la abang aku baru kahwin.Saje je jalan2.Boring g sane,bukan buat ape pun.tido je.hehehe....Eh'sebenarnye aku bukannye nak cite pasal g kL tadi,aku nak cite pasal tajuk dekat atas tu.




Oke,berbalik pada  tajuk kat atas tu,pade zaman sekarang ni banyak sangat pembuangan bayi.Mesti korang dah jemukan asyik dengar kes pembuanagan bayi ni.Sebenarnye aku nak berkongsi sikit tentang kes pembuangan bayi ni.Sebagai seseorang yang melihat daripada jauh dan hanya membace di dada akhbar menjadikan aku agak gerun dan sedih.Melihat keadaan masyarakat kini yang masih di dalam terumbang ambing dengan arus kehidupan yang semakin mencabar.Aku yakin ade di kalangan kite sudah jemu apabila isu buang bayi ini sering kali dipaparkan di media massa.


Bilangan kes yang berlaku semakin meningkat dan kebanyakkannya melibatkan remaje seperi aku ni. Kadangkala aku terfikir, mungkin bilangan kes yang dinyatakan itu sebenarnya tidak menggambarkan bilangan sebenar. Mungkin sahaja bilangannya adalah lebih tinggi. Jika benar, maka masyarakat kite semakin parah.


Andai kite melihat kemalangan jalan raya berlaku dihadapan mate kite,tentu kite terfikir,apakah nasib orang yang cedera parah itu. Ada dua sahaja kemungkinannya. Sama ada hidup dan mati. Dua pilihan yang kite nampak. Tapi bagaimana,jika rohani manusia itu rosak? Bolehkah kite samekan bahawa individu ini akan terus hidup atau pilihannya mati sahaje?


Berurusan dengan manusia memerlukan sentuhan rohani.Kadangkala  aku melihat di tv,aku berase sedih melihat mereka sedang menunggu masa untuk melahirkan bayi dengan umur yang sebegitu muda lagi. Mereka masih terlalu muda untuk merasai fitrah menjadi seorang ibu. Di kala kawan2 yang lain sibuk belajar,manakala mereka  sedang sedia untuk melahirkan anak. Kasihan yang itu mampu aku katekan.




Bila ada pihak yang mencadangkan agar remaja yang terlanjur ini dikahwinkan, aku hanya menggelengkan kepala. Penyelesaian kepada "presenting problem" mungkin tidak akan menyelesaikan "root cause". Seakannya membelikan barang mainan kepada anak yang menangis di pasar malam hanya menjadikan mereka lebih suka menggunakan "trick"tersebut untuk mencapai keiginan mereka pada masa akan datang. 

"kahwin memang penyelesaian yang mudah. Namun adakah ramaja ini sudah bersedia dengan tanggungjawab yang bakal di pikul sesudah kelahiran bayi mereka nanti ?"

Persoalan kedua:
   
  "Andai tidak dikahwinkan , adakah si lelaki akan bertanggungjawab kepada bayi yang dikandung mereka?"

Persoalan ketiga:
    

" Adakah pembinaan rumah perlindungan memberikan kebaikan melebihi keburukan dengan memberi "ruang" untuk terus-terusan melakukan kesalahan? "


" Adakah penyesalan yang dituntut selepas tinggal di rumah perlindungan ini benar-benar terzahir dari sudut perbuatan? " 
" Adakah remaja-remaja ini benar-benar berubah?



Aku bukanlah orang yang layak menilai perbuatan orang lain. Aku sedar khilaf aku sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun, sewajarnya setiap pendekatan yang diambil terarah kepada penyelesaian masalah pokok. Ya, keimanan kepada Allah. Jika dilihat remaja kini, bagaimana mereka? adakah mencukupi ilmu aqidah yang diajar selama ini. Bukan niat aku untuk menyalahkan guru agama, jauh sekali tidak menghargai usaha mereka yang bersungguh -sungguh memahamkan pelajar tentang konsep ketuhanan. Namun, perkara ini perlu diletakkan sebagai perkara utama.

Keteguhan iman kepada Allah membendung manusia dari terhanyut dalam keseronokan dunia. Aku sedar bukan sedikit dugaan dan godaan dunia luar. Namun, aku percaya keimanan yang mantap dan yakin bahawa setiap tindakan kita akan dinilai itulah yang mampu membimbing kita melawan arus kemusnahan hidup. Jika semasa kecil kita sering diingatkan ; 


" Jangan buat tu...nanti Allah marah " 

"Kenapa apabila sudah dewasa perkara tersebut tidak lagi dipercayai dan diimani? Pelik bukan?"

Menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat untuk mendalami masalah ini. Mungkin kes ini tidak melibatkan ahli keluarga kita. Namun tidak mustahil Allah akan menguji kita suatu hari nanti. Pendapat peribadi aku lebih cenderung untuk menilai kembali sistem kekeluargaan di Malaysia. Bagaimana ibu bapa memainkan peranan untuk mendekati dan memahami anak-anak mereka. Begitu juga dengan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Betapa banyak kes anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan orang tua. Semua isu ini sering berkait. Kita menjadi sebahagian daripadanya.

Sebagai generasi muda yang akan membina keluarga sendiri nanti. Kita juga akan mempunyai anak dan kita akan diuji dengan pelbagai dugaan. Bagaimana kita akan bertindak ketika itu? fikir-fikirkanlah. Jawapannya terletak kepada kebersediaan kita kini untuk melahirkan generasi Islam yang cemerlang bukan setakat di dunia tetapi turut cemerlang di akhirat. 

" Apa acuannya? Tentulah syariatullah dan sunnah Nabi SAW. " 

" Senang diungkap namun, bersediakah kita? "



ni je la yang dapat aku tulis aku harap korang dapat bace,dan renung2 kan la Kadangkala kite tak nak kejadian sebegini berlaku dalam hidup kite,tapi apekan daya tatkala kite tidak mampu menahan nafsu yang kuat untuk menguasai diri kite. Hanya dengan satu cara yang boleh menghalangnya berzikir dan solat kepada allah S.W.T. assalamualaikum......................

                                                ~end~

No comments :

"" ""