This me

My Photo
"just for fun" ^_+ Gadis biasa yg beumur 18 tahun, menulis hanya suka-suka je ^^
DON'T BE AFRAID TO CHANGE. YOU MAY LOSE SOMETHING GOOD, BUT YOU MAY GAIN SOMETHING EVEN BETTER ^^

Sunday, November 14, 2010

cinta itu buta!

salam'berhjung minggu  anyway aq nk ucap kan thanks kat korang sebab
sudi follow aq.walaupun blog aq yang tak seberape
 best ni :)



oke..berbalik pada tajuk yang aku tulis kat atas tu,korang tahu ape maksud cinta itu buta??
kalau tak tahu meh sini bace aq punye story ni sekejap.btw aq pu n tak tahu la story aq ni betul ke tidak just aq hanya membace dalam artikel je.

cinta itu buta??
cinta itu sesuatu yang suci.datangnya islam demi memelihara kesuciannya.
yang memberi warna kepada kehidupan ini.

Cinta itu ibarat pelangi,
Menenangkan mata, pendamai jiwa.
Cinta itu ibarat pelangi,
Siapa melihat pasti terinspirasi.
Ya,
Cinta itu ibarat pelangi,
Hanyasanya cinta itu, cinta yang hakiki

hahaha..geli pulak aq cakap pasal cinta ni.btw biasa la tu dah name pun lumrah kehidupan.pape pun mesti akan ade cinta dalam hidup kite ni.
cinta kapade allah,
keluarga
kawan,dan macam2 lagi la,tapi,tak semua cinta itu buta.
Cinta yang buta itu hanyalah cinta yang berlandaskan nafsu semata. Cinta yang tidak tulus. Cinta yang menipu. Cinta yang hanya membawa mereka sama-sama menuju kehancuran, yakni menuju neraka.

Surah Al-Jasiyah ayat ke-23,

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"




Sesungguhnya, bagi orang-orang beriman itu, cinta mereka tidak buta. Dengan cinta, mereka tetap mampu mengawal dirinya, mengawal rasionalnya. Dengan cinta, mereka tidak mengheret diri mereka bersama-sama kekasihnya ke dalam lubang kehinaan.

Puncanya? Iman. Ya, iman kuncinya.

Keyakinan tinggi mereka akan Allah dan azabNya. Itulah kekuatan mereka. Iman itulah yang menjadi pengemudi kepada cinta, bukan cinta yang mengawal keimanan mereka. Malah dengan cinta, penglihatan nurani mereka lebih jernih dalam menilai jalur-jalur kehidupan. Cinta kurniaan Tuhan itu jugalah mampu membantu mereka semakin dekat kepada Allah, semakin memperkuat iman dalam dada mereka.
Seperti sebuah kenderaan yang digunakan untuk mencapai satu destinasi tujuan. Kenderaan itu hanyalah berfungsi sebagai alat untuk mempermudahkan manusia mencapai tempat yang dituju. Sedangkan tanpa alat itupun, matlamat masih dapat dicapai melalui pelbagai cara atau kaedah yang lain. Maka, alat tetap alat, bukannya matlamat. Cinta itu jua hakikatnya alat. Alat untuk mencapai matlamat. Dan sesungguhnya, matlamat seseorang muslim itu seharusnya tidak lain untuk berjaya meraih redhaNya. Itu sahaja.

pape pun biar la kite cinta menuju ke syurga,jangan la cinta menuju ke neraka.btw korang2 faham2 kan la,ape maksud  cinta itu buta.anyway aq bukan nye pandai sangat nak citer panjang2 kat korang ni,lagi pun aq baru di peringkat remaja,banyak benda lagi yang perlu aq tahu..oke.:)selamat membace dan renung2 kan la...........
                                                                      ~end~









No comments :

"" ""